the only one who never moves away from us regardless what we do. Allah, the One and Only.
salam alaykum. :)
in The name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
alhamdulillah, ucap syukur harus sering kita sebutkan. syukur untuk segala nikmat Nya yang masih kita rasai.
apa khabar iman kita hari ini? apa khabar amalan kita hari ini? masih sama dan tidak mahukah kita tingkatkannya lebih daripada sebelum ini? Allahuakbar.
petang tadi gigih saya cari buku ' bercinta sampai syurga '. best, sangat memberi pengajaran. meh-meh semua pakat baca. hewhew ^__^ ye, even buku nie memang da lama kat pasaran, tapi entah kenapalah nia agak pending, *LOL*. baru nak miliki sendiri. sebelum nie da baca tapi skip2 macam tu je. well, baca buku kawan kan. :)
ramai yang tanya, kenapa asyik2 cinta remaja yang di sentuh. kenapa asyik2 ceramah ke usrah ke, pasti ia lebih cenderung kepada hubungan antara lelaki dan perempuan sebelum nikah.
ye, kerana ada segelintir yang lalai dengan cinta manusia. sanggup abaikan cinta Allah. saya juga remaja. faham benar dengan keinginan ' CINTA ' itu.
cinta manusia, makin dikejar makin menjauh. cinta Allah, baru melangkah sudah dekat.
jika benar sayang kan seseorang, berdoalah moga Allah jaga hatinya. moga Allah juga menjaga hati kita untuk tidak melangkaui rindu dan cinta kita kepada Nya.
Allah itu cinta pertama kita. Dia yang Maha Mengasihani. lalu, siapa kita untuk letak kan manusia lain sebagai tandingan dengan Nya di dalam hati kita? kita juga manusia, seharusnya sebagai hamba kita perlu meletakkan Allah sebagai cinta nombor satu. cinta manusia itu jika tidak di jaga dan di bataskan, boleh menjauhkan kita dengan Allah. tapi cinta Allah, baru hendak mendekati sudah kita rasai hebatnya kasih Ya Khaliq. Allahuakbar.
jika mahu bercinta, bercinta lah sampai syurga. namun cinta yang bagaimana yang layak di bawa hingga ke Jannah Nya? sudah tentu cinta yang tidak mengundang murka Nya. cinta yang suci yang terbina atas rasa takwa dan tanggungjawab kepada Allah.
when we really have a good relationship with Allah, we surely will have a good relationship with human too.
muslimah, jaga diri anda. pagarkan diri anda bak mawar berduri. dilihat boleh, dipegang jangan.
muslimin, dirimu pembimbing kami. tunjukkan sikap kepimpinan mu. jangan biar kami sesat dengan rayuan dusta mu. peliharalah kami, kerana sesungguhnya Allah ciptakan Adam untuk melindungi Hawa.
cinta sampai syurga, cinta yang di mana dua jiwa bersama meraih redha Allah.
sincerely, nia :)
lot of love.


Tidak ada komentar:
Posting Komentar